Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini.<br /><br />Menurut menterinya, Fahmi Fadzil, DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.